
Berkelulusan Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2002 serta memperolehi Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam) dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2011. Mula berkhidmat pada tahun 2002 di SMK Malim dan kini dilantik sebagai Guru Cemerlang Pendidikan Islam DG48. Menerima Anugerah Guru Inovatif peringkat negeri Melaka pada tahun 2013, 2014, 2015 dan 2017 serta Johan Guru Inovatif KPM peringkat Kebangsaan pada tahun 2014 dan 2017. Memenangi banyak pertandingan inovasi anjuran IPG mahupun Universiti sama ada di peringkat Kebangsaan mahupun Antarabangsa. Merupakan Jurulatih Utama pertandingan Guru Inovatif negeri Melaka serta berpengalaman luas memberi ceramah tentang inovasi di peringkat negeri dan Kebangsaan. Berazam untuk meningkatkan kecemerlangan dalam PdPC Pendidikan Islam serta memberi manfaat buat ummah di dunia menerusi bahan inovasi yang dihasilkan.
No comments:
Post a Comment